Kalau pergi mana-mana restoran thai atau siam di Malaysia, mesti ada masakan Tomyam Poktek dalam menu. You won’t miss it, and harga dia selalunya mahal dari tomyam yang lain. Mari kita belajar cara memasak tomyam poktek dengan mudah dan senang.

Resepi tomyam poktek ayam seafood ala thai sama macam dekat restoran thai. Sedap dimakan dengan nasi panas, masa hari hujan.. hmmmmmmm. Masakan time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada bahan2 yang tidak cukup untuk masakan, tapi jangan khuatir, saya masukkan jugak dalam bahan masakan di bawah.

The tomyam poktek chicken seafood recipe is just as good as at the thai restaurent. Delicious with hot rice on a rainy days .. hmmmmmmm. Not enough ingredient due to Movement Control Order (MCO). Not to worry, will still include in the ingredient below.

Bahan-bahan :

– 4 ulas bawang merah (dihiris)
– 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
– Lengkuas (dihiris)
– 3 batang serai (ditumbuk)
– 4-5 daun limau purut (not in video)
– 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
– carrot
– cauliflower
– tomato (not in video)
– cendawan enoki
– ayam
– udang
– sotong
– cili padi (kalau nak pedas, dalam video ni saya tidak masukkan sebab nephew tak makan pedas)
– 1 cube maggi tomyam
– pes tomyam (jenama maepranom)

– Daun ketumbar (dihiris – not in video)

Cara-cara memasak :

1. Masukkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai dan daun limau.
2. Tunggu air mendidih, masukkan pes tomyam. And then masukkan cube tomyam. Kalau dah pakai cube tomyam, dah tak payah pakai limau sebab cube tomyam dah sedia masam.
3. Dah kacau-kacau, masukkan ayam.
4. Dalam 1 minit, masukkan carrot. Saya suka masukkan carrot awal sebab suka makan yang lembut.
5. Masukkan maggi secukup rasa.
6. Bubuh sos ikan.
7. Masukkan caulifower dan bawang holland.
8. Ayam dah masak, masukkan udang dan sotong (atau ketam – seafood kita masukkan last2 sebab tak nak liat atau keras)
9. Masukkan cendawan enoki
10. Masukkan susu cair dan tutup api.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera 🙂